???? PRO-AKSI KLINIK RAGBI 2026 ????
Pada 19 November 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Pro-Aksi Klinik Ragbi 2026 yang melibatkan murid-murid SK Ayer Molek.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang asas permainan ragbi, di samping meningkatkan kemahiran, kecergasan fizikal dan keyakinan diri melalui aktiviti sukan yang dijalankan.
Melalui bimbingan dan latihan yang diberikan, murid berpeluang mempelajari teknik permainan, memupuk semangat kesukanan serta mengamalkan nilai kerjasama dan disiplin dalam pasukan.
Semoga program ini menjadi platform untuk mencungkil bakat serta melahirkan murid yang aktif, berdaya saing dan berpotensi dalam bidang sukan.
???? Bina Kemahiran, Semarakkan Semangat, Cipta Kecemerlangan!
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama