????✨ PROGRAM LADAP KURIKULUM: SUBJEK ALAM DAN MANUSIA ✨????
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program LADAP Kurikulum yang memberi fokus kepada subjek Alam dan Manusia bagi meningkatkan pengetahuan serta pemahaman guru terhadap kandungan dan pelaksanaan pengajaran subjek tersebut.
Program yang berlangsung pada ketetapan berikut:
???? Tarikh: 26 November 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.00 – 4.00 petang
???? Tempat: SK Ayer Molek
Program ini telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Hafizzi bin Saiman, Jurulatih Utama (JU) dari SRA JAIM Merlimau Pasir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah atas perkongsian ilmu, panduan dan pengalaman yang amat bermakna. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa amalan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kualiti pendidikan di SK Ayer Molek.
Terima kasih juga kepada semua guru yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.
???? Ilmu diperkasa, kualiti pendidikan terus dibina!
Kecemerlangan SKAM Kita Bina Bersama!
#LADAPKurikulum
#AlamDanManusia
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama