???? PROGRAM AL-QURAN DI HATIKU ????
Program Pasca UASA 2026
Pada 19 November 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Al-Quran Di Hatiku bersempena dengan Program Pasca UASA SK Ayer Molek.
Program ini bertujuan menyemai rasa cinta dan mendekatkan murid dengan al-Quran melalui pengisian yang bermanfaat. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada murid untuk menghayati kepentingan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki sahsiah terpuji serta menjadikan al-Quran sebagai teman dan pedoman sepanjang kehidupan.
✨ Al-Quran Dibaca, Dihayati dan Diamalkan.
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama