???? EKSPLORASI KERJAYA KE KIDZANIA KL 2026 ????
Pada 18 November 2026 (Rabu), telah berlangsung Program Eksplorasi Kerjaya ke KidZania Kuala Lumpur yang melibatkan murid-murid SK Ayer Molek.
Lawatan ini memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai bidang kerjaya melalui pengalaman pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Murid berpeluang mengenali dunia pekerjaan dengan lebih dekat serta mencuba sendiri pelbagai peranan dan tanggungjawab dalam alam pekerjaan.
Diharapkan pengalaman ini dapat membuka minda, menyemai minat serta membantu murid mengenal pasti potensi dan cita-cita mereka sebagai persediaan membina masa depan yang lebih cemerlang.
✨ Teroka Potensi, Kenali Kerjaya, Cipta Impian!
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama