???? PROGRAM BENTO MAKANAN SIHAT 2026 ????
Pada 17 November 2026 (Selasa), telah berlangsung Program Bento Makanan Sihat bersempena Aktiviti Kokurikulum SK Ayer Molek.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan pemakanan seimbang melalui pengenalan konsep Suku-Suku Separuh, iaitu pengambilan suku karbohidrat, suku protein serta separuh sayur-sayuran dan buah-buahan.
Melalui aktiviti ini, murid didedahkan dengan amalan menyediakan bekalan makanan yang sihat, berkhasiat dan menarik. Diharapkan program ini dapat memupuk kesedaran serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian murid.
???? Makan Sihat, Badan Cergas, Minda Cerdas!
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama