⚽ PROGRAM PROAKSI: KLINIK BOLA SEPAK SK AYER MOLEK 2026 ⚽
Alhamdulillah, telah berlangsung Program ProAksi Klinik Bola Sepak pada 12 November 2026 (Khamis).
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada murid dalam sukan bola sepak, di samping meningkatkan kemahiran asas permainan seperti mengawal bola, menghantar bola, menggelecek dan membuat jaringan.
Melalui program ini, murid berpeluang mengembangkan bakat dan potensi diri, meningkatkan keyakinan serta memupuk nilai disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan.
Semoga program ini menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak serta melahirkan murid yang aktif, berkemahiran dan berdaya saing.
Bakat Digilap, Semangat Membara, Kejayaan Bersama! ????
#SKAyerMolek
#ProAksi
#KlinikBolaSepak
#SukanSKAM
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama