???? SLOT BERSAMA GBKSM
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa satu Slot Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
???? Tarikh: 4 November 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 – 10.30 pagi
???? Tempat: Dewan Seri Molek
Antara pengisian slot:
1. Program Intervensi Minda Sihat.
2. Pembentangan Pelaporan Saringan Minda Sihat Fasa 2.
3. Program SAFE (School Anti-Bullying Framework for Empowerment).
4. Pembentangan Pentaksiran Psikometrik Tahun 4, 5 dan 6 Tahun 2026.
Semoga perkongsian dan pembentangan ini dapat meningkatkan kefahaman serta memperkukuh pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, khususnya dalam aspek kesejahteraan mental, pembangunan sahsiah dan perkembangan potensi murid.
???? Bersama Membina Minda Sihat, Sekolah Sejahtera.
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAM
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama