???? MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUP MINGGU PPKI SK AYER MOLEK TAHUN 2026 ????
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup Minggu PPKI SK Ayer Molek pada 6 November 2026 (Jumaat), bertempat di Dewan Seri Molek.
Majlis ini diadakan bagi meraikan usaha, pencapaian dan penglibatan murid-murid PPKI sepanjang Minggu PPKI berlangsung. Setiap senyuman, keberanian dan kejayaan yang diraikan menjadi kenangan manis serta bukti bahawa setiap anak istimewa mempunyai potensi tersendiri untuk terus melangkah maju. ????
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid PPKI atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan. Terima kasih juga kepada seluruh warga sekolah, guru-guru dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta komitmen dalam menjayakan program ini.
Setiap anak istimewa, setiap kejayaan bermakna! ????
#SKAyerMolek
#PPKISKAM
#MingguPPKI2026
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama