• Main
  • News

???????????? MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DAN GRADUASI PPKI SK AYER MOLEK 2026 ????????????

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan Hari Lahir dan Graduasi PPKI SK Ayer Molek pada 5 November 2026 (Khamis).

Majlis ini diadakan bagi meraikan hari istimewa murid-murid PPKI yang menyambut ulang tahun kelahiran serta meraikan kejayaan dan pencapaian murid yang menamatkan satu fasa persekolahan.

Sambutan ini bukan sekadar meraikan pertambahan usia dan kejayaan, malah menjadi ruang untuk menghargai setiap usaha, perkembangan dan pencapaian anak-anak istimewa sepanjang perjalanan mereka di sekolah.

Senyuman, kegembiraan dan setiap detik yang tercipta menjadi kenangan manis yang pastinya bermakna buat semua. ????

Tahniah kepada semua graduan PPKI! Semoga terus melangkah dengan penuh keyakinan, berani mencuba dan sentiasa berusaha mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, PPM dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

???? Setiap anak istimewa, setiap pencapaian adalah luar biasa!

#SambutanHariLahirPPKI2026
#GraduasiPPKI2026
#PPKISKAM
#SKAyerMolek
#AnakIstimewaPotensiLuarBiasa
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama


About Us

Read More