???????? CERAMAH DAN BENGKEL INTERAKTIF CARA KERJA ????????
Program Anak Istimewa, Potensi Luar Biasa
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah dan Bengkel Interaktif Cara Kerja pada 3 November 2026 (Selasa), bertempat di Dewan Seri Molek, SK Ayer Molek.
Program ini telah disampaikan oleh Puan Maysharah binti Mahamud, JPCK Juru Pulih Cara Kerja, Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka.
Pelbagai perkongsian dan aktiviti interaktif telah dilaksanakan bagi meningkatkan pemahaman serta kesedaran tentang kepentingan terapi cara kerja dalam membantu perkembangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Antara aspek yang diberi penekanan termasuklah kemahiran hidup harian, sensori dan fokus, koordinasi tangan-mata serta pembinaan keyakinan diri.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat dan pendedahan berguna kepada warga sekolah dalam memahami keperluan serta potensi setiap anak istimewa.
Setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sokongan, bimbingan dan peluang yang tepat, mereka juga mampu melakar kejayaan! ????
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Anak Istimewa, Potensi Luar Biasa! ????
#PPKISKAM
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama