???????? MINGGU PPKI SK AYER MOLEK 2026 ????????
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu PPKI SK Ayer Molek 2026 pada 2 November 2026 (Isnin).
Pelbagai aktiviti menyeronokkan telah dilaksanakan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna, mencungkil potensi serta menggalakkan interaksi sosial dan kerjasama dalam kalangan murid.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
???? Aktiviti 1: Eksplorasi Ikan Hiasan
???? Aktiviti 2: Pertandingan Sukaneka
????️ Aktiviti 3: Pertandingan Treasure Hunt
Program ini turut melibatkan penyertaan murid PPKI, murid Perdana dan murid Tahun 6 dalam aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian serta kemampuan murid.
Semoga program seperti ini dapat terus memberikan peluang kepada setiap murid untuk menyerlahkan bakat, membina keyakinan diri dan mencipta kenangan manis bersama rakan-rakan. Sesungguhnya, setiap anak istimewa mempunyai keistimewaan dan potensi tersendiri. ????
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru, PPM serta pihak yang telah menjayakan program ini.
Setiap anak berhak bersinar dengan cara tersendiri!
#MingguPPKI2026
#PPKISKAM
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama