???? MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PANITIA BAHASA MELAYU (BUKU SKRAP) & MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA KEPADA GURU PELATIH ????
Alhamdulillah, telah berlangsung dua majlis bermakna pada 30 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Seri Molek, SK Ayer Molek.
???? Majlis Penyampaian Hadiah Panitia Bahasa Melayu (Buku Skrap)
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kreativiti, usaha dan komitmen dalam menghasilkan buku skrap. Tahniah kepada semua penerima hadiah atas pencapaian dan kesungguhan yang ditunjukkan.
???? Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada Guru Pelatih
Pihak sekolah turut menyampaikan sijil dan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan kepada guru pelatih atas segala sumbangan, dedikasi serta komitmen sepanjang menjalani latihan praktikum di SK Ayer Molek.
Semoga penghargaan yang diberikan menjadi pembakar semangat kepada murid untuk terus mencapai kecemerlangan, manakala pengalaman dan kenangan sepanjang berada di SK Ayer Molek menjadi bekalan bermakna buat guru pelatih dalam melangkah ke alam pendidikan yang sebenar.
???? Setiap usaha wajar dihargai, setiap sumbangan akan terus dikenang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
???? Kecemerlangan SKAM Kita Bina Bersama!
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama