???? PROGRAM JUNIOR LEADERS EXCELLENCE SK AYER MOLEK 2026 ????
✨ “Pemimpin Hari Ini, Pemacu Masa Depan”
Alhamdulillah, Program Junior Leaders Excellence SK Ayer Molek 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Swan Garden Resort Hotel, Melaka.
Program ini merupakan satu inisiatif dalam usaha melahirkan barisan pemimpin muda yang berdisiplin, bertanggungjawab, berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Pelbagai pengisian dan aktiviti telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan serta pengalaman bermakna kepada murid dalam mengasah potensi diri, membina keyakinan dan memperkukuh kemahiran kepimpinan.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan serta menjadi bekalan untuk melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan mampu menjadi inspirasi kepada warga sekolah.
???? Pemimpin hebat bukan sekadar memimpin, tetapi turut menjadi inspirasi kepada orang lain.
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan program ini!
Kecemerlangan SKAM Kita Bina Bersama! ????????
#JuniorLeadersExcellence2026
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama