????????♀️???? HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK AYER MOLEK 2026 ????????????♂️
???? Sukan Menyatukan Kita, Kecergasan Milik Bersama! ????
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SK Ayer Molek 2026 pada 23 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seri Molek.
Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali. Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan, antaranya Acara Tepuk Belon, Gelung Rotan dan Jumbo Ball yang berjaya menceriakan suasana serta mencetuskan semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah. ????????
Program ini bukan sahaja menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, malah turut memupuk nilai kerjasama, semangat berpasukan, disiplin dan keseronokan bersukan bersama-sama. ????????✨
Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru serta seluruh warga SK Ayer Molek yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kesukanan terus subur dalam diri setiap warga sekolah demi melahirkan generasi yang cergas, sihat dan berdaya saing.
???? SK Ayer Molek — Cergas, Ceria, Cemerlang!
#HariSukanNegara2026
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama