???????? MAJLIS PERPISAHAN: “Sedetik Bersama, Seabad Terasa” ????????
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap kenangan akan kekal terpahat dalam ingatan. ✨
Warga Sekolah Kebangsaan Ayer Molek (SKAM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Ananthan A/L T Nadarajan atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di SK Ayer Molek.
Kehadiranmu membawa makna, kebersamaanmu mencipta kenangan, dan pemergianmu pasti meninggalkan rasa kehilangan. Semoga setiap ilmu dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah serta kenangan indah yang sentiasa dikenang. ????
Selamat maju jaya di tempat baharu. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan dipermudahkan segala urusan dalam setiap langkah perjalanan selepas ini. ????
Walau jasad melangkah pergi, kenangan tetap kekal di hati.
Terima kasih atas segalanya, En. Ananthan. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar walau kita tidak lagi bersama di bawah satu bumbung. ????
Sedetik Bersama, Seabad Terasa.
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama
#KenanganTerpahatDiHati