???? NASIHAT KESELAMATAN MURID SEMASA JEREBU ????️????
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Ayer Molek. ????
Memandangkan keadaan jerebu boleh menjejaskan kesihatan, marilah kita bersama-sama mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.
✅ Memakai pelitup muka yang sesuai apabila perlu.
✅ Membawa bekalan air kosong dan minum secukupnya.
✅ Mengurangkan aktiviti luar apabila bacaan IPU tidak sihat.
✅ Pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.
✅ Menjaga kebersihan diri dan menukar pakaian selepas pulang.
✅ Mematuhi arahan guru serta mengikuti makluman semasa pihak sekolah.
⚠️ Sekiranya anak mengalami batuk, sakit tekak, mata merah atau pedih, atau sukar bernafas, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.
Kerjasama ibu bapa dan penjaga amat dihargai dalam memastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak sentiasa terpelihara.
???? Kesihatan Dijaga, Keselamatan Diutamakan!
Ikhlas daripada,
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Ayer Molek
#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama