• Main
  • News

???? MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa SK Ayer Molek, Melaka akan ditutup pada Jumaat, 9 Oktober 2026 susulan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ke tahap Tidak Sihat.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid serta seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara. ????

Ibu bapa/penjaga dimohon untuk memastikan anak-anak berada di tempat yang selamat, mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa menjaga kesihatan sepanjang tempoh ini.

Sebarang makluman terkini berkaitan sesi persekolahan akan disampaikan melalui saluran rasmi SK Ayer Molek dari semasa ke semasa.

???? Utamakan Kesihatan, Lindungi Diri.
❤️ Kesihatan Anak-Anak Keutamaan Kita.

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

SK Ayer Molek, Melaka
???? 8 Oktober 2026

#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama


About Us