• Main
  • News

???? PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID ????
✨ “Akhlak Dipupuk, Sahsiah Dibentuk” ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid yang bertujuan menyemai nilai-nilai murni serta membentuk akhlak dan sahsiah terpuji dalam diri anak-anak SKAM.

Program ini turut diserikan dengan perkongsian daripada Penceramah Jemputan, Ustaz Norhizam Syair (Ejam Medicine) yang membawa murid menyelami kisah dan contoh akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, di samping mengajak murid untuk mengenali, menghayati dan menyemai rasa kasih serta cinta kepada Rasulullah SAW. ????????

Melalui perkongsian yang disampaikan, murid diingatkan bahawa mencintai Nabi bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi dapat dizahirkan dengan mencontohi akhlak Baginda, menjaga adab, menghormati orang lain, berkata baik dan melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian. ✨

Semoga ilmu dan pesanan yang disampaikan menjadi panduan buat anak-anak SKAM untuk terus membentuk peribadi yang baik serta menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan. ????

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Norhizam Syair (Ejam Medicine) atas perkongsian yang begitu bermakna buat anak-anak SKAM. ????

Akhlak Dipupuk, Sahsiah Dibentuk, Cinta Rasul Disemai. ❤️

#SKAyerMolek
#AkhlakDipupukSahsiahDibentuk
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama


About Us