???? PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM SK AYER MOLEK
???? Tarikh : 14 September 2026 (Isnin)
???? Masa : 7.40 pagi
???? Tempat : Dewan Seri Molek
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit TKRS selaku pengelola Perhimpunan Kokurikulum SK Ayer Molek pada kali ini.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan kesungguhan dalam menyertai pelbagai aktiviti dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan serta aktiviti Kokurikulum yang lain. Semoga setiap pencapaian yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama SK Ayer Molek. ✨????
“Kecemerlangan SKAM Kita Bina Bersama”
#SKAyerMolek #SKAM #KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama #KokurikulumSKAM