????✨ SYABAS & TAHNIAH WARGA SKAM! ✨????
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Firas Fikri atas kejayaan merangkul Johan Hot Wheels Sekolah Rendah (SR) Peringkat Negeri dalam Karnival STEM SMK Krubong yang berlangsung pada 9 September 2026 di SMK Krubong. ????????
Tahniah juga diucapkan kepada Team Inovasi SK Ayer yang berjaya meraih Tempat Ke-5 dalam Karnival Kokurikulum KRUSS GENESIS Peringkat Negeri Melaka anjuran SMK Krubong dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. ????????
???? Ahli Team Inovasi SKAM:
• Nur ‘Ishqa Medina binti Muhammad Haziq
• Alish Sofia binti Mohd Shahrizan
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, kreativiti, semangat berpasukan dan keberanian mencuba*
mampu membawa anak-anak SKAM melangkah lebih jauh. ????????✨
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru pembimbing, warga sekolah dan pihak yang terlibat atas bimbingan, sokongan serta komitmen dalam menggilap potensi murid sehingga mencapai kejayaan ini.
Syabas dan tahniah kepada semua! Teruskan mencipta kecemerlangan dan mengharumkan nama SK Ayer Molek! ❤️????
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama ????????
#SKAyerMolek
#KRUSSGenesis2026
#KarnivalSTEM