• Main
  • News

Majlis Penutup Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Mssnm



MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 TAHUN MSSNM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Melaka 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada:

???? Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka
???? Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah
???? Pengelola Teknik (PT) Hoki MSSN Melaka
???? SK Ayer Molek selaku sekolah pengelola kejohanan
???? Barisan pentadbir, guru-guru, pegawai kejohanan, pengadil, urus setia, ibu bapa serta semua murid yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.

Penghargaan istimewa juga diucapkan kepada pasukan Hoki Lelaki dan Hoki Perempuan SK Ayer Molek atas semangat juang, disiplin serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Kalian telah mengharumkan nama sekolah dan menjadi inspirasi kepada warga SK Ayer Molek.

Segala kerjasama, sokongan dan pengorbanan yang diberikan amatlah dihargai. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih atas komitmen semua pihak.

#SKAyerMolek
#KecemerlanganSKAMKitaBinaBersama