• Main
  • News

Program Intelek Asuhan Rohani (pintar 2.0) Anjuran Agensi

Program Intelek Asuhan Rohani (pintar 2.0) Anjuran Agensi

Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR 2.0) Anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka

Tarikh : 10 - 11 Jun 2026
Hari : Rabu & Khamis
Tempat : Kem Modal Insan Parit Penghulu

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Kem Pintar 2.0 bertempat di Kem Modal Insan Parit Penghulu pada 10 hingga 11 Jun 2026 melibatkan seramai 40 murid sekolah rendah.

Kem Pintar 2.0 bertujuan membentuk sahsiah, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk nilai kepimpinan dan disiplin dalam kalangan murid melalui pendekatan pendidikan, kerjasama berpasukan dan pembangunan kendiri. Program ini juga dilaksanakan sebagai usaha awal pencegahan bagi melahirkan generasi muda yang sihat, berdaya tahan dan bebas daripada gejala sosial serta penyalahgunaan dadah.

#KDN_TogetherWeAreOne
#RugiKalauTerjebak
#DadahTerkawal2030
#PencegahanDadahTanggungjawabBersama
#LebihBaikCegah
#kecemerlanganskamkitabinabersama